KatiL Maut
Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...
cinTa Si Buta
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu."Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut.
Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.
Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.
Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu.
Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????
tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa..........
BaBai Mak Shopping Free
Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.
LepaS mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.
Timbul rasa kesian dihati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".
"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".
Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hatiyang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayarbarang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.
Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..
"Haah???????!!!!"...

No comments:
Post a Comment